-->

Rabu, Jun 18, 2008

Sayang anakku sayang


Seorang rakan menelefonku dan mengeluh tentang sikap anaknya yang langsung tidak mahu mendengar kata.

"Aku x tau nak buat apa lg Ya...aku dah cakap lembut aku dah jerit, aku dah pukul...aku dah peluk, aku dah belai. Apa aja cara aku dah cuba.Tapi hatinya betul-betul dah kering, keras! Kadang-kadang aku bertanya sendiri, betul ke dia ni anak yang aku kandung, yang aku kendong ke hulu ke hilir sampailah dia boleh bertatih dan berjalan sendiri? Betulkah dia anak yang aku tatang dengan kasih-sayang, dengan doa dan harapan semoga menjadi anak yang baik dan menurut kata? Diakah anak aku yang aku ajar sendiri mengaji sehingga mampu khatam seusianya 10 tahun. Betulkan dia anak yang aku namakan dengan nama yang baik tetapi kini tidak mencerminkan apa yang aku impikan? Diakah anak yang aku didik memulakan solat seawal dia baligh?"

Aku terkedu seketika.

"Weh Ya...kau dgr tak ni?"

Ini bukanlah rintihan pertama yang pernah aku dengar dari mulut seorang ibu. Fenomena biasa yang selalu membuat ibu-bapa sakit jiwa. Tidak kira anak ustaz ke anak pensyarah ke anak penoreh getah hatta anak penagih dadah sekalipun. Memang kdg2 aku rasa pelik sikit. Ada anak-anak yang dididik oleh orang tua mereka dgn alakadar aja, mampu menjadi anak yg baik, yang matang dan berjaya. Tetapi ada juga anak-anak yg dididik dgn ilmu agama dan peraturan sejak kecik kemudian bila sudah tamat sekolah, jauh daripada ibu-bapa, mula kenal dunia luar...berubah menjadi liar. Faktor kawan? Persekitaran? Atau jiwa masing-masing yang sebenarnya goyah? Ini buat aku berfikir. Betapa mudahnya mak dan ayah menjagaku dulu. Mungkin disegi kehidupan agak payah. Mak ayah selalu sibuk. Aku anak bongsu tp x pernah ada keistimewaan atau dilayan berlainan. Pagi mak ngan apak gi menoreh. Tghari mak balik masak, membasuh etc. Kemudian lepas asar mak dan apak akn ke sawah pula sampailah hampir ke senja. Mereka mmg x ada masa utk bertanya ttg sekolah, tentang kerja rumah aku atau apa je yang aku buat atau tak buat sepanjang hari. Lepas isyak mak akan sediakan makan malam dan kami sekeluarga akan makan bersama. Tapi masa tu aku x pernah komplen apa-apa. Makan apa aja rezeki yang ada. Tak ada tv tak ada elektrik, tak ada air paip. Serba tak ada!

"Ya! kau ada ke tak tu?"

"Ya ya ya... ada ni...."

Tengok! Aku sempat melamun.

Lalu aku katakan padanya... Jangan terlalu salahkan diri kau kerana sikap anak kau tu Ros. Aku tau kau dah jalankan tanggung-jawan kau dengan baik. Apa anak kita akan jadi... tu kira nasib-nasib juga Ros. Tak kiralah orang lain nak kata apa...kita tak pandai jaga anak ke, kita terlalu manjakan anak ke, kita terlalu garang ke... apa ke benda mak nenek ke ... hakikatnya... kau dah lakukan yg terbaik walaupun kau rasa kau belum cukup baik, x mampu berikan yg terbaik utk dia. Tapi dengarlah cakap aku ni...kau mmg dah buat yg terbaik untuk dia!

Tuhan bagi setiap manusia akal untuk berfikir.Mereka dah tengok banyak contoh apa akan terjadi pada setiap tindakan salah yang pernah dibuat oleh org2 terdahulu.Di kaca tv, radio, internet, akhbar, majalah! Tapi budak-budak skrg Ros...mmg susah dimengerti. Keinginan melampau-lampau. Kehendak melimpah-limpah...membabi buta melanggar segala duri ranjau. Redah je dgn jiwa kacau. Tak mahu ambil ikhtibar kejadian buruk yg menimpa orang lain. Mereka tetap nak lalui jalan itu kan? Jalan lurus terbentang tp mereka tetap memilih jalan berliku. Peraturan hidup tak la sesusah mana tp mereka tak suka. Mereka inginkan kebebasan...enjoy kononnya! Nah! kalau itu saja cara yg boleh buat mereka terantuk kemudian terngadah...biarkan saja!

Bila kita da bagi segala yang terbaik untuk mereka...kemudian mereka memilih jalan songsang... itu adalah pilihan. Pilihan mereka sendiri Ros. Itu dugaan bagi seorang ibu. Adakalanya kita kena lepaskan mereka untuk memilih jalan hidup supaya mereka mempelajari sendiri mana yg salah mana yg benar. Kdg2 ada manusia yg terpaksa terjunam ke dalam jurang berulang2 sebelum mereka sedar khilaf mereka. Kalau itu cara yg mampu menyedarkan mereka, biarkan saja. Bkn soal doa tidak mustajab Ros...tp itu ujian yg perlu kita dan mereka tempuhi. Meminjam kata-kata abangku " Mereka dah besar...kan dia kata dia dah besar? Kita tak berhak lg nak tentukan kehendak dia. Mahu x mahu kita terpaksa melepaskan mereka. Takkan kita nak ikat dan seret dia ke mana saja kita pergi?"

Dah sah mereka tahu jalan itu salah..dan kita dah peringatkan berulangkali..tp mereka masih nak pilih jalan yg mungkin akn memimpin mereka kpd kesengsaraan...mereka tetap nak lalui juga, lalu dengan megah berkata yg mereka akn buktikan bahawa mereka akn bahagia! Jadi apa lg yg boleh kita kata? Buktikanlah!Biarkan dia buktikan Ros. Memang sebagai ibu hati kita hancur. Kita inginkan yang terbaik untuk mereka. Tapi kalau apa yang kita anggap terbaik itu tak cukup baik buat mereka, apa lg nak dikata?

Berdoalah Ros agar dia tak jauh terbabas...agar segera sedar akan kesilapan lalu kembali ke pangkuan kasih-sayang keluarga. Jangan putus asa...mungkin segala kekhilafannya itu kelak kembali membantu dia untuk menjadi manusia yang lebih baik kemudian harinya. Aku juga mendoakan dia Ros. Anakmu bagaikan anakku juga. Aku yakin kau seorang ibu yang baik. Terimalah ini sebagai ujian Allah. Kita sama-sama bermohon agar Allah akan melunakkan hatinya ya Ros?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~