-->

Selasa, November 20, 2012

KITA...


Kita di sini sebenarnya tidak pernah mengenal erti sengsara
kerana itu sanggup murtad dan bunuh diri 
hanya kerana putus cinta
meroyan siang malam apabila Astro Ria di potong siarannya
atau kerana berukband tidak selaju seperti yang dijangka (~saya ada dalam kategori ini~)

Makna kebuluran tidak pernah ada dalam diari hidup kita
Mereka di sana bulan puasa dan bulan pesta bagi mereka sama sahaja
makan apa adanya lapar dan kenyang tiada bezanya
Namun masih bersyukur masih menyungkur diri membesarkan iman mengingati Allah

Mereka disana
putus kaki putus tangan putus kediaman putus kedamaian
cedera dada cedera mata cedera hati cedera seluruh  raga
parut ditubuh luka jiwa seumur hidupnya
namun mereka tidak pernah berputus asa
harapan masih menyala dalam segala kekurangan dan ketidakcukupan
dalam perang takbir masih berkumandang
bertongkatkan besi berapi mereka tetap berdiri mempertahankan maruah agama dan 
maruah diri

Kita di sini  tahan selera mampu bersabar ketika berpuasa di siang hari
pabila berbuka nafsu ketawa melihat makanan melimpah di atas meja
minuman bermacam aneka warna dan rasa
makan sehingga perut merintih usus mendidih

Kita di sini
Ketika diminta sedikit rasa simpati 
dipohon seketika menyelami makna manusiawi
masih berjejes airliur melihat iklan makanan percuma
sanggup beratur  panjang hanya kerana seketul burger
yang pasti takkan buat kita  mati jika tidak melahapnya hari ini

Di mana harga diri kita?
Di manakah maruah kita?
Di manakah keinsanan kita
Di manakah keimanan kita?

Alangkah malunya mengaku manusia!

Isnin, November 19, 2012

Selamatkan Gaza....Di mana Kita?


Di mana kita? Sedang bersantai menikmati nyaman udara di taman bunga, di pantai atau di taman hiburan? Barangkali sedang menikmati  sarapan pagi atau makan tengahari yang juadahnya memenuhi meja yang sebahagiannya akan menjadi habuan kucing atau anjing dan paling sedih menjadi habuan tong sampah yang kemudian  di geledah tikus dan cencorot???

Di mana kita ketika saudara seagama kita sedang bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dalam ledakan peluru dan meriam? Sedang berpeleseran atau bergelak ketawa di depan tv menonton cerita komedi atau saling meraba dengan pasangan tidak halal di panggung wayang ternama?

Di mana kita ketika kanak-kanak di Gaza terbelah kepala, para ibu dan bapa meraung menangisi buah hati yang dikasihi menderita kesakitan sebelum maut menjemput mereka? Sedang menyergah ibu yang lambat menyediakan makanan? Sedang mengugut bapa yang tidak kecukupan wang untuk membekalkan anda topup?

Di manakah kita ketika para pejuang di Gaza bermandi darah dalam simpang siur kebencian yahudi laknatullah yang begitu bernafsu meratah setiap inci bumi Palestin sehingga tidak akan meninggalkannya tanah itu walaupun seinci?

Mungkin kudrat kita tidak mampu mengangkat senjata. Barangkali harta-benda kita tidak memadai untuk membela nasib mereka. Tapi kita masih memiliki senjata ampuh yang paling mujarab iaitu keikhlasan dan ketulusan doa. Marilah kita bersama berdoa untuk saudara-saudara kita yang teraniaya di sana.

Ya Allah...Selamatkanlah saudara-saudara saya di sana. Ya Allah....Damaikanlah bumi Gaza dan kembalikanlah sejahtera kepada yang empunya! Kabulkanlah doa kami Ya Allah! KABULKANLAH!

Sabtu, November 17, 2012

Durian Crepe yang enak ;)

Murah dan sedap! ;D



Untuk tempahan di kawasan Seremban dan sekitarnya sila hubungi Srie no telefon 012 312 7682 atau inbox Srie Sabilan di facebook :)




Kutipan: Aku Ingin Ke Syurga...



Sentiasa peringatkan diri kita bahawa hari kematian seseorang bukanlah hari pesta dimana kita berasa seronok membaca-baca atau mengungkit-ungkit segala aib dan kejahatannya. Mengintai-ngintai cacat celanya. Sehina-hina dan sejahat-jahat manusia, jika dia bertaubat nasuha,jika ibu-bapa redha dan mengampunkannya,jika Allah juga redha dan mengampunkannya,jika manusia yang pernah dijahatinya juga redha dan memaafkannya, insyaallah...Allah juga akan mengampunkan dan meletakkansesiapa sahaja yang dikehendakiNya ditempat yang mulia dan sewajarnya.


Jangan buang masa menilai dan menghisab diri orang lain. Nilai dan hisablah diri kita sendiri.Sebab tiada siapa yang tau di manakah tempat kita di sana nanti. Jangan berangan-angan untukmenghuni syurga kalau di hati kita masih ada rasa riak sombong pada amalan kita. Tempat anda belum terjamin. Begitu juga tempat saya belum pasti di mana. Tiada siapa yang layak mengatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga.


*** * ***

Rabu, November 14, 2012

Doa Awal Muharram


Amalan membaca ‘Doa Awal Muharam’ ini, biasanya dilakukan oleh para solihin pada setiap hari sepanjang 10 hari pertama bulan Muharram(Hari Asyura).

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, Dikaulah Tuhan Yang Kekal Abadi, Yang Maha Qadim (sedia ada) lagi Maha Memulakan. Demi KelebihanMu yang amat banyak dan KemurahanMu yang melimpah-ruah, kini telah datang tahun baru yang muncul dihadapanku.

Daku memohon pemeliharaanMu disepanjang tahun baru ini  ini daripada tipu daya syaitan yang direjam, para pembantu dan bala tenteranya. Daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan, dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu. 

Wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, Nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan. Dengan RahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang. Insyaallah!


Doa Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah! Apa yang telah daku lakukan dalam tahun ini  daripada perkara-perkara yang Dikau larang daku melakukannya dan daku belum bertaubat daripadanya; sedangkan  Dikau tidak meredhai dan tidak melupakannya, malah Dikau berlembut dan tidak menghukum aku, serta Dikau memberi peluang pula kepadaku bertaubat selepas daku melakukan perbuatan salah itu.

Maka sesungguhnya daku mohon keampunanMu dan ampunilah daku! Dan apa yang telah daku lakukan sepanjang tahun ini yang Dikau redhai dan janjikan ganjaran pahala ke atasnya, maka daku memohonnya daripadaMu.

Ya Allah,Yang Maha Pemurah,Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan;Terimalah permohonanku ini dan janganlah Dikau hampakan harapanku terhadapMu, wahai Yang Maha Pemurah.

Selawat dan salam Ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat Baginda; Dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.” 


KuHijrahkan Doa...


Telemovie Istimewa Maal Hijrah @ Tv9! (15/11/2012 - 10.30 pagi) KuHijrahkan Doa (Awal Muharram 1434H)

Saya menulis penamat skrip ini dengan linangan airmata. Maaf saya tidak berniat untuk memaksa anda menangis bersama. Saya cuma ingin berkongsi perasaan kasih sayang yang mulus  di dalam karya ini.


Selasa, November 13, 2012

Sebelum Kiamat...



Cerekarama: ‘Sebelum Kiamat’ – 17 November 2012 (Sabtu), 10.00 malam di TV3

Cerita ini mengisahkan tentang Radi yang masih bersekolah rendah dan dibesarkan oleh bapanya, Osman. Osman menceraikan isterinya semasa Radi masih kecil. Sejak kecil Radi sudah dididik hidup berdikari.
Walaupun Radi masih bersekolah rendah, dia seorang yang penyabar dan berhati tabah. Radi sentiasa merindui ibunya. Dia tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau mati kerana setiap kali dia bertanya tentang ibunya, Osman akan memarahinya dan mengamuk seperti orang hilang akal.
Suatu hari, Osman meninggal dunia akibat serangan jantung. Berbekalkan wang simpnan yang ada, Radi nekad ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Naim Daniel, Zamarul Hisham, Sherry Merlis, Soffi Jikan, Noorkhiriah.

*Jangan lupa menontonnya ya ;)

Ahad, November 11, 2012

Usia...

Dalam usia begini...
setiap pertemuan dan perpisahan
terasa bagaikan itulah yang terakhir kali...

Usia kian menipis...
keanjalan kian tiris
hanya menanti sampai ke titik penghabis...

Jumaat, November 09, 2012

Bukan...


Saya bukan orangnya...
yang suka mengintai hendap mimpi dan impi orang lain...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~