Sebenarnya aku ingin bercerita tentang cinta...hahaha. Tapi...dalam usia begini rasanya x sesuai untuk aku bercerita tentang cinta.Cerita-cerita cinta bagiku sudah menjadi kisah basi. Cinta telah memberi kebahagiaan kepada ramai manusia...tidak kurang juga memporak perandakan kehidupan manusia. Cinta menyemarakkan semangat manusia...namun tidak kurang juga membungkamkan waras manusia. Tapi apa yg aku pelajari tentang cinta ialah...'CINTA TIDAK BUTA". Manusia yg membutakan matanya kerana cinta, untuk cinta! Apapun alasannya, cinta x pernah bersalah. Manusia yg memburukkan nama cinta untuk mengelakkan rasa bersalah. Teruknya manusia ni kan? Apabila diri sendiri tidak pandai menilai cinta, CINTA pula yang dipersalahkan!
Erkks. Eh aku bkn nak bercerita tentang cinta. Tengok! Jari dan hati kadang x mampu berunding. Niat asal juga sering gelicir.Aku nak bercerita tentang almarhum uwan, bkn psl cinta. Biar anak muda saja yg berkisah tentang cinta dan kerinduan mereka. Biar anak muda saja berkeluh kesah dgn cinta mereka. Aku...? Masa untuk itu sudah lama berlalu... selamat tinggal cinta! ;-)
Almarhum uwanku seorang wanita yang cantik. Putih melepak dan bertubuh tinggi lampai. Setiap kali aku menatap wajahnya yang sudah dipenuhi kedutan usia itu, hatiku pasti berkata...tentu uwan seorang yang amat cantik ketika mudanya (Dan arwah ibuku ternyata mewarisi kecantikan itu drpdnya). Uwan buta kedua belah matanya. Mengikut cerita mak... uwan terkena 'buatan' org. Sejauh mana kebenarannya....Allah saja yang tahu. Mak kata, uwan dulu ramai peminatnya. Tp cuma arwah datukku (yg kami panggik Atuk Motokar) saja yg berjaya menambat hatinya. Aku tak kenal sangat arwah datukku sbb seingat aku, aku jarang sgt berjumpa dengannya. Lagi pun dia beristeri 2. Uwan adalah isteri tuanya. Kami panggil dia Atuk Motokar sbb dia ada kereta morris minor warna hitam. Zaman itu sesiapa yg ada kereta, sering menjadi sebutan. Menjadi bahan kekaguman. Atuk berkahwin sekali lagi ketika uwan masih celik matanya. Uwan hanya hilang pandangannya setelah melahirkan anak bongsunya, iatu arwah pakcuku.
Uwan tingggal dengan makcikku di rumah pusaka peninggalan arwah atuk. Rumah tradisional minang yg diperbuat sepenuhnya daripada kayu tanpa menggunakan walau sebatang paku. Hanya menggunakan pasak dan sendal di sana sini.(Sayangnya rumah pusaka itu sudah roboh setahun yg lalu). Manakala aku pula tinggal di rumah kecil yg tidak jauh dari situ iaitu dalam jarak lebih kurang 100 meter. Uwan selalu berulang-alik dari rumahnya ke rumahku. Bila dia teragaknak datang ke rumahku, dia akan meminta cucunya (anak makcikku) menghantarnya. Kadang-kadang dia berjalan sendiri mengikut lorong kecil laluan harian sambil diperhatikan dr jauh oleh sepupuku. Uwan tu kalau nak datang atau balik mmg x beragak. Bila nak pergi tak nyempat-nyempat, bila nak balik pun tak nyempat-nyempat. Biasalah kan... org tua.Kita nanti pun begitu juga :-)
Uwan ni walaupun pun dia buta, tapi semua kerja rumah dia boleh buat. Daripada membasuh, mengemas, memasak, mengangkut air di perigi, bercucuk-tanam, apa saja! Satu lagi yg aku suka tentang uwan, dia amat pembersih. Mandi sampai 3 kali sehari. Bila dah mandi siap bubuh bedak kat badan. Selesai menyarung kain batik dan baju kurungnya, (uwan suka pakai baju kurung kedah juga) dia awan menyisir rapi rambutnya sambil melumurkan dgn minyak kelapa buatan sendiri. Setelah siap menyanggulkan rambut, uwan akan membedakki pipinya dengan bedak buku cap nyonya. Dia risau kalau kukunya panjang sikit. Kdg-kdg dia potong sendiri kukunya dengan pisau, kdg-kdg bila dia ke rumahku, dia akan meminta aku ketipkan untuknya. Aku mempunyai banyak kenangan dgn uwan. Sbb walaupun aku ni jenis baran skit tp akulah yg paling rapat ngan uwan. Kdg-kdg aku lemas juga. Sbb kalau ramai2 tu, uwan tetap akn memanggil aku untuk buat sst untuknya. Kekejap, "Dik... oooOOOoooOOOooo dik!" Kekajap "Dik...ooooOOOOooooo dik!" Kdg-kdg aku buat bodoh je tak nyahut. Sampailah dia meneriak memanggil nama cucunya yg lain pulak :-p
Dalam ramai-ramai cucunya, akulah satu-satunya cucu yg selalu tidur sekatil dengannya. Bila uwan tidur kat rumah aku, aku akan berikan selimut tebal aku padanya.Sebab kat rumah aku ni kalau malam mmg sejukkkk...lagi2 pulak pada zaman kecik2 aku 70an dulu. Masa tidur tu uwan akan berbual2 dengan aku. Dia akn bercerita tentang kisah dulu-dulu yg sebenarnya dah banyak kali diceritakannya padaku. Dan aku pula akn berpura2 mendengar penuh minat dan bertanya itu ini seolah2 aku x pernah mendengar atau x pernah tahu tentang kisah2 yg driwayatkannya. Kesiannn uwan. Uwan pula kalau dah letih bercerita akn meraba2 aku. Raba muka aku, raba tangan aku, raba lengan aku. "Gemuknya tangan kau dik...padat! Tengok tangan uwan ni ha dah lembik, kerepot...tinggal kulit je" "Alaa uwan ni...dulu kan lengan uwan padat gak...Nnt bila adik dah tua, kerepot cam uwan juga." "Uwan muda2 dulu kurus mcm ni juga...tp adalah daging skit" "Bestlah uwan kurus, tak gemuk cam adik" "Eloklah gemuk...banyak daging... " "Kau sorang je yang nak tidur ngan uwan. Si anu..si anu tu mana mau tidur ngan uwan." "Apsal lak uwan?" "Uwan ni kan dah tua. Buruk, busuk...jijik nak tidur ngan uwan agaknya." "Isk! Mana adeeee...uwan x busuk pun." "Itu kata kau...diorg x..." Blablabla...kami akn borak2...ketawa2 sampai terlena.
Dulu kami mandi di perigi. Perigi tu kat depan rumah aku aja. Kat seberang denai jalan. Kalau masa bersekolah, subuh-subah dah bangun bwk pelita. Masa tu gosok gigi jarang gunakan ubat gigi. Kami hanya gunakan arang. Kat tepi perigi tu dah siap arang dalam tempurung. Timba air kami pun daripada tempurung. Tempurung bulat yg besar tu. Masa ceduk air, kena sumbat lubang tempurung tu ngan jari pastu jirus ke bdn. Kecebur kecebur kecebur. Sejuknya grrrrrrrrrrrrr bergaduh gigi menggeletar kedinginan. Step pertama, gosok gigi. Ambil seketul kecil arang, lenyek dgn belakang tempurung yg licin tu...pastu sental kat gigi. Ahahaha. Asli sungguh!
Tpkan aku malas betul mandi ngan uwan. Sbbnya? Yerla..uwan tu suka menyental! Sakit woo kena sental ngan kain cukin basahan tu. Kalau mandi ngan uwan, uwan siap warning. Jirus badan je dulu, jgn buh sabun! Uwaaaa...! Bila uwan dah selesai mandi dan menukar kain basahannya, dia akn 'menyental' aku pula. Dia akan sental telinga aku, akan korek tiap sudut cuping telingaku, belakang telingaku, leherku tengkukku..hatta belakangku. " Masa mandi tu, sental ni telinga ni, belakag telinga ni! Leher ni...tengkuk ni belakang ni..buang daki-daki. Lepas tu baru bubuh sabun. Kalau bubuh sabun dulu, licin...susah nak sental!" "Sakit la wannnnn..." "Alah...sikit pun sakit!" Huhuhuhu...maka bersih sungguh badanku hasil sentalan uwan. Hehehehe.
Uwan aku ni kan...dia ada lilit pinggang. Lilit pinggang dia tu leh katakan sentiasa terikat dipinggangnya kecuali kalau dia gi jamban atau masa tidur. Dia akan meletakkan lilit pinggang itu di bawah tilam atau di bawah bantal. Dia macam sayang sgt kain lilitnya tu. Aku ni kekcik dulu bukanlah baik sgt. Selalu saja aku ingin tahu apa yg ada di dalam kain lilitnya itu. Aku masih ingat kali pertama aku 'mencabul' kain lilitnya itu. Masa tu uwan nak pergi jamban. So mcm biasalah, "Dik...tolong angkat air, uwan nak gi jamban." Aku dengan malasnya bangun menceduk air di dalam kolah hingga sebaldi lalu ku letakkan di dalam jamban. Lepas tu aku akn memimpin uwanku ke jamban. Ketika itulah aku macam lipas kudung menyusup tanganku ke bawah tilam mengambil kain lilitnya. Masa tu xsilap aku kain lilit tu berwarna merah (Nenek akn menukar kain lilitnya kalau dah terasa lusuh di tangannya). Kain lilit tu kecik je dan dijahit memanjang, ada tempat mengisi barang diujungnya. Aku rasa ada benda dalam lilitan tu. Aku keluarkan satu satu. Ada gulungan duit rm50, ada gulungan duit rm10, rm5.. rm1...ada sebentuk cincin emas yg tebal. "oOOOooooOOOoooOOOooo" Itulah reaksi aku setelah berjaya melunasi hasrat ingin tahuku. Aku simpan semula duit dan cincin itu. Cuba membuatnya kembali pada letak asalnya. Aku x ambil apapun. Aku letakkan semula baik-baik di bawah tilam. Tapiiiii...uwna tu kan mcm2 tau2 aja lilit pinggangnya telah diceroboh orang. Barangkali letak asalnya dan beralih skit kot? Ntahlah. Aku kata begitu kerana, selepas dia duduk semula di katil tu...ketika aku mengintainya, dia sedang mengira duit yg disimpan dalam kain lilitnya itu. "Dik..." Erkkks.... aku berundur kemudian menjawab "Ya uwan!" Konon2 aku suci sungguh tidak mengintainya. Ehehehehe. "Meh sini jap" Aku segera datang "Ada apa uwan?" Perghhh...hampehnya aku berpura-pura suci :-P "Ni...tolong kira duit uwan ni." Aku pun duduk sopan disebelahnya walaupun aku tau dia tak tau pun aku duduk sopan ke tak. Org bersalahlah katakan! Hikhikhik. Aku kira semula duit tu dgn penuh innocent. "Naper uwan, duit uwan hilang ke?" Eh! Tertanya pulak! :-p "Tak...saja suruh kira." Ahahaha...legaaaa. Selepas itu aku xpernah ambil tahu tentang kain lilitnya itu. Eheh.
Ermmm...apa lagi eh? Banyak! Nanti2lah aku sambung. Penat! :-D
Sebenarnya...aku ingin menulis entry untuk Allahyarhammah ibuku... tapi...keperihan ingatan dan kerinduan ini masih belum mampu kupangku...seakan baru semalam ibuku pergi... Alfatehah untukmu uwanku...ibuku...bapaku...abangku..juga untukmu anakku...asbaraphay...Semoga kalian tenang bersemadi...Ingatanku terhadap kalian xkan pernah mati...
Rafikasastras
Produk Halal
nUfFnAnG
Karya
Pengikut
Tetamu
Doa Khusus
Laman Muslim
Sesawang Kenalan
[♥]::masterpyan's hangout::
[♥]Iemah
[♥]Dari Mata Turun Ke Hati
[♥]BLURQUEEN'S PAGES
[♥]Suka Suka
[♥]Cahaya
[♥]KiaH ARiaNa
[♥]As Time Goes By...
[♥]ToinG Da LeGenD
[♥]ANJUNG SENAMA
[♥]..::BIcARaDaRiHaTi::.
[♥]Azmah Nordin
[♥]Mawar Shafei
[♥]Abdul Latip Talib
[♥]Chenta Hati Kami
[♥yOnnA
[♥]kak e
[♥]Akak
[♥]setitis embun
Sesawang Pilihan
[♥]Khalil Gibran
[♥]Dr. Faizal Tehrani
[♥]Jiwang.ORG
[♥]Hadis Rasullulah
[♥Almansuqie
[♥]guitarchordzek
[♥]Beautiful Islam
[♥]Dr. Ridhuan Tea
[♥]Adibah Noor
[♥]the storyteller
[♥]The Storyteller, Part 2
[♥Psychologists Guide
[♥]Self Healing Expressions
[♥]Forgive For Good
[♥]Letting Go
[♥]Base Digital Lifestyle
[♥]this is my side of the story
[♥]
[♥]Funny Jokes Blog
Sesawang Sastera
Video Pilihan
ENCYCLOPEDIA
Kamus Online
Sesawang Terjemahan
Terkini
Catatan Popular
-
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. "Bismillahirrah...
-
T erima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk...
-
D alam hidup kita harus bijak menggunakan kesempatan, bukan bijak mengambil kesempatan dengan memperkotak-katikkan orang.Sekali dua,tiga k...
-
K etika anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca...
-
H asbi Rabbi JallAllah, Cukuplah Tuhan bagiku Allah Yang Maha Agung Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Tiada yang lain dihatiku kecuali Allah ...
-
D alam kehidupan jangan bergantung pada manusia. Bergantung pada Allah. In sya Allah dalam apa situasi pun setelah berusaha sehabis daya , ...
Arkib
- ► 2011 (141)
-
▼
2008
(41)
-
▼
Jun
(22)
-
▼
Jun 19
(13)
- Pabila Aku Telah Tiada...
- Tentang aku, anakku yang nun di Myanmar dan pucuk ...
- Hari Ini Hari lahir Ibuku...Tapi Ibu Tiada Lagi Di...
- What your Birth month means
- Tak perlu terima kasih...cukup kalian menjadi insa...
- Pergi ke tidak?
- Haruskah Aku Pergi?
- Allahyarhammah Nenek Yang Ku Kasihi...
- Kiutnya anak bujangku... ;-)
- Selamat Hari Guru
- Kisah aku, emak dan bunga kantan :-p...
- Selamat Hari Ibu...
- Tentang Qarin
-
▼
Jun 19
(13)
-
▼
Jun
(22)
Jumlah Paparan Halaman
Pertukaran Pautan
Khamis, Jun 19, 2008
Allahyarhammah Nenek Yang Ku Kasihi...
Waktu Beredar
Hari Berlalu
Waktu Solat Hari Ini
SiLa PiLih Kawasan AnDa
Utk MeLihat Waktu SoLat
Doa Seorang Insan
Doa II
Doa Untuk Mak Dan Bapa Tercinta
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah juga dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu, sebagaimana mereka menyayangiku sepanjang hayat mereka. Tempatkanlah roh mereka di kalangan hamba-hambaMu yang Engkau kasihi dan Engkau selamatkan. Amin. Mak, apak... bersemadilah dengan tenang... bertemankan doa dan rinduku selalu. Al-Fatehah...
Remember
Trilogi
Bukan pintaku. Tali cinta yang kau hulur terlalu panjang, tetapi amat sukar untuk kugapai. Ia berbuai -buai antara pepohon ngeri yang tumbuh di ngarai yang dipenuhi semak-samun dan duri tajam yang tidak mampu kusambut. Aku kalap. Aku rabun. Aku bisu. Aku menangis dan ketawa dalam gelap. Aku tidak peduli siapa engkau. Aku tidak memandang pada zahir. Pada kumis, pada kulit, atau pada warna duitmu. Aku memandang jauh ke dalam mata dan hatimu. Menujumkan diri dengan firasat yang sarat di dadaku. Aku tidak menilaimu dalam sehari. Aku menilaimu beratus kali dalam beribu hari dan berjuta saat yang berlari.
Koleksi Puisi
Lagu-lagu Puisi Terpilih
Burung Lagenda
Label
Pesan Cinta
Suara Jiwa
Mengapung Diri
Karya: rafikasastras
Seorang TEMAN Yang Kehilangan
Karya: rafikasastras
22 Julai 2000
Sabda Alam
Karya: rafikasastras
[Agar Kamu Mengerti (Buat Anak-Anakku)]
Hyatt Regency, Johor Bahru.
17 - 21 April 1999
Karya Pilihan
Ingatan Pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi
Karya: Zurinah Hassan
Senja Berulang Senja
Karya: Zaihasra
Yang Pasti
Karya: Zurinah Hassan
Doa terakhir Karya: Zaihasra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulis je la apa nak tulis :p