-->

Khamis, Jun 19, 2008

Kisah aku, emak dan bunga kantan :-p...


Seumur hidup aku, aku memang tak pernah tengok pokok kantan. Aku cuma tau bunganya saja yang selalu kubeli di pasar dan pasar tani. Dulu masa aku kecik aku tak suka bunga kantan. Baunya aja dah buat aku mual. Tapi arwah apak selalu membelinya dan arwah mak selalu mencampurkannya dalam masakan. Kalau ada bunga kantan dalam masakan, aku jadi kurang berselera sebab baunya 'busuk'. Tapi arwah mak ngan arwah apak begitu menggemarinya.Aku selalu cuma akan makan ikan dengan berkuahkan kicap.Nak dijadikan cerita tentang kemengonganku akan si pokok kantan tu... suatu hari tu aku gi pasar tani. Kat situ adalah meja sayur-sayuran kampung sorang makcik tu... (masa tu aku dah pandai makan bunga kantan ;-) Atas meja bersusun seikat seikat bunga kantan yg lawa-lawa dan segar-segar. Maklumlah warna dia pink. Cantik tau! Bistu aku beli la 2 ikat (taktau nape aku beli 2 ikat) padahal kalau nak campur gulai bukan nak guna banyak pun eheh. Bistu yang seikat lagi tu terbiar beberapa hari dalam esbok. So...dengan penuh kemengongan maka terlintaslah difikiranku untuk menanam pokok kantan. (Diam! jangan gelak dulu!) Jadi... pada hari tu selepas masak,aku pun penuh dengan penuh semangat pencinta pepohon sejagat mulalah menggali lubang antara batas halia dan kunyit. Aku gali 3 lubang untuk 3 tangkai bungan kantan. So dengan penuh gumbira dan sukacitanya aku pun menanam dan menegakkan 3 tangkai bunga kantan tersebut (tangkainya dikerat panjang), Cantiknya dia kuncup. Nanti bbrp hari lagi mesti kembang. Lagi cantik! Hahahaha. Lalu aku pun penuh sabar menunggu bunga kantan tersebut hidup dan berkembang.Sehari dua hari tiga hari...berhari-hari...hinggalah bunga kantan tu mula lebam dan terkulai. Aku frust dan naik hairan. Aku siram pagi ptg tau! Aku ngadu kat mak ngan manjanya...makkk...bunga kantan tu xmo hidup la...uhuks. Tanah x sesuai agaknya, kata mak. Pastu esoknya ntah macam mana tiba2 kemengongan aku sembuh. Masa tu aku sedang mengorek tanah nak ambik ubi kunyit. Masa ternampak bunga kantan yg dah lebam dan luruh ke bumi tu,aku berfikir...alahaiii... kalau nak tanam pokok, mesti daripada batang atau benihnya. Aku terus ketawa sampai kuar air mata mentertawakan kemengonganku sendiri. Bengongnya aku! Ekekeke... aku xsabar2 terus masuk ke rumah. "Mak...bunga kantan yg adik tanam tu cemana la nak tumbuh. Yang adik tanam tu bunganya, bukan pokoknya...mcm mana nak hidup?" Aku ketawa lagi. Mak pun ikut ketawa. "Lahai...mak pun tak perasan pulak!" "Tu la tu," jawabku. Pastu kami berpandangan dan ketawa lagi. "Mak pun boleh tak terfikir langsung pulak pasal pokok ngan bunga," tambah mak. "Yerla sbb kita jarang tengok pokok kantan, pastu jarang guna." "Agaknya..." Tapi waktu itu mak memang dah mula uzur dan kurang tajam ingatannya. Aku anak bongsunya yang terlebih cerdik ni pula makin buat dia keliru...hukhukhuk. Uwaaaaaaa...malunya akuuuuuuu.



Nota: Mak...itu adalah antara kenangan yang indah antara adik dan mak... Al-Fatehah untukmu wahai bondaku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~