Lepas maghrib tetiba teringat pada anakku yang sedang berada di bumi emas Myanmar yang kini kian pudar sinar keemasannya lantaran bermacam bencana dan ujian yang ditimpakan Allah di sana.Anakku berada di negara junta itu bersama anggota Mercy untuk memberikan bantuan kemanusiaan di sana.
Salam yang. Anak mama watpe tu? Mamam pe arini?
Salam Ma..bru siap mandi hehe..duk2 dlm khemah smbil cek bekalan
ubat n tunggu waktu nk solat. Mama sihat?
Alhamdulillah nak..mama sihat. Baru lepas mamam. Best hirup kuah sup
pucuk malinja. Ehehe.
Malinja 2 apa Ma? Adik beradik ngan mas cotek tongkat hali? Felik2 ar
Mama ni :p wendu ar nk jenguk blog Mama :(
Ehehe. Malinja tu pokok. Buahnya digunakan utk buat keropok pahit yg dpanggil keropok Malinja.Pucuknya dibuat sayur. Sedapp. Kat tepi pgr umah mama ada 2 pokok. Pokok dia rendang n tinggi.Nnt bila anak mama blk mama tunjuk n mskkan eh?
Ehehe...anakku ini sering saja mengundang ketawa bila berbicara dengannya. Anakku yang lemah lembut tetapi nakal dan manja;-). Dah lama kami tak jumpa.aku rindu sangat padanya. Rindukan gelak ketawanya, rindukan pelukannya, rindukan suapannya. Dia suka sangat makan sepinggan denganku. Kadang-kadang sepinggan nasi kami kongsi bersama. Adakalanya aku suapkan dia tapi dia yg selalu suapkan aku. Sesuap dia,sesuap aku...x cukup tambah lagi ehehe.
Dia suka makan mee goreng,nasi goreng. Suka juga makan nasi berlaukkan gulai nangka muda, gulai pucuk ubi.Pandai juga makan ikan sembilang. Yang pasti dia tak pernah menolak apa saja yang aku masak. Rendang ayam pun suka. Walaupun kecik dan lampai tapi selera dia tajam. Selepas bbrp hari dia akan mengadu yg konon dia dah gemuk sikit. Aku selamba menidakkan.Mana ada...mama tengok sama ajaaa (padahal memang nampak ppnya makin montok) Syhhhh! Ehehehe.Tapi 1 je yang dia xpandai. Tak pandai pakai kain batik! Hahaha
yanggg...jgn marahhh! :-p
Bila malam dia akan menyelinap masuk ke dalam selimut tebal hijau ular sawaku. Dia tak mau selimut yang lain. Suka tidur di bawah satu selimut supaya dapat peluk2 aku, cium2 aku. Ehehe.Tapi yang paling penting... aku dapat merasakan ketulusan kasih sayangnya. Dan... aku amat bersyukur kerana dia memilih aku menjadi 'mama'nya.Dengan arwah mak pun dia macam tu...suka peluk2, cium2. Dan arwah mak pula biladah lama dia tak datang, tak dengar khabar, akan bertanya **** apa khabar? Dia ada telefon tak? Dia dekat mana?
Blablabla. Dan aku tahu anak ini juga dekat di hati ibuku...
p/s: Anakku... ingat tak ketika berebut tilam mucuk dengan abangmu? Kalau nak tau, abangmu masih tak suka tidur di tilam yang beralas. Kalau dia tidur kat bilik arwah uwan (kini dah jadi bilik mama), dia akan singkap dulu cadar tu paling tidak di bahagian kakinya. Itu pun setelah mama bebel... apsal la tidur suka singkap cadar... pastu tak betulkan balik lak tu! Muehehehehe.
Aku sedar, aku bukanlah 'mama' yang sempurna. Tapi aku berterima kasih kerana dia menerima aku seadanya...sebagaimana aku menerima dia seadanya. Kelebihan dan kekurangan.Dan aku percaya sesungguhnya cinta dan kasih sayang itu tidak mempunyai jarak atau jurang. Kasih sayang adalah hubungan batin dan rasa tanpa sempadan
selagi keikhlasan menjadi akar dan teras dari jiwa yang paling dalam.
Paling menyentuh hati dan tidak akan aku lupakan ialah ketika malam-malam sewaktu dia terjaga lalu spontan memeluk lalu mencium pipiku beberapa kali sebelum menyambung tidurnya semula. Tentu ketika itu dia menyangka aku sedang tidur lena. Ketika itulah aku dapat merasakan betapa hangat dan tulusnya kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Siapa kata anak saja yang memerlukan belaian? Seorang ibu juga menginginkan belaian seorang anak.Tau tak tu anak2? ;-)
Nota: Terima kasih Tuhanku kerana telah mengaturkan pertemuan kami. Terima kasih anakku...Mama amat menyayangimu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulis je la apa nak tulis :p