-->

Khamis, Jun 19, 2008

Selamat Hari Ibu...


SELAMAT HARI IBU untuk ibu-ibu di dunia. IBU adalah insan yang paling mulia dalam kehidupan setiap anak manusia. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda. Sayangi mereka sepenuh jiwa anda. Bahagiakanlah mereka semampu anda. Kita boleh mencari dan mendapat ribuan kawan, puluhan kekasih dalam kehidupan kita. Tetapi ibu cuma satu. Jangan sampai terlambat. Jaga mereka, kasihi mereka, hormati mereka selama hayat mereka masih ada. Kita hanya mempunyai satu peluang untuk berbakti kepada IBU kita. Hanya sekali! Berbuat baiklah kepada ibu...hargailah ibu kita supaya nanti anak-anak kita juga akan menghargai kita. Jika kita bersikap buruk terhadap ibu kita, tidak mustahil anak-anak akan melayan kita sebagaimana kita melayan ibu kita. Sikap kita terhadap ibu kita adalah cermin kepada anak-anak untuk mereka bersikap bagaimana terhadap kita suatu hari kelak. Sungguh! Syurga itu ditelapakkaki IBU!

22:19:53 Ma, org kol tp x dpt. Rindu nk ucap Happy Mother's Day. I love u Ma. Forever and for always.

Setengah jam kemudian anak perempuanku seorang lagi menelefon mengucapkan selamat hari ibu. Walaupun aku tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka, namun ucapa-ucapan itu amat membahagiakan aku.

Aku tidak berpeluang lagi mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada kepada ibuku. Lalu ku kirimkan sms kepada satu-satunya kakakku kerana kreditku tinggal ciput.

"Selamat Hari Ibu untuk kakak yang amat dikasihi. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezki dan sentiasa diberkati ALLAH. Amin"

Aku memang tidak mengharapkan sms ku itu dibalas kerana aku tahu kakak sulungku itu tak pandai menjawab sms. Dah berkali-kali aku ajar tapi katanya tak reti-reti juga ehehe. Beberapa jam kemudian aku mendapat jawapan dari nombor kakakku "Terima kasih banyak maksu daripada mama."

Alahai kakakku..mesti anak atau menantunya yang tolong jawabkan. Itulah satu-satunya kakak kandungku dunia dan akhirat. Dia ibarat pengganti ibukepada ku. Walaupun kami tidak begitu sehaluan... namun aku amat menyayangi. Aku tau dia juga begitu...

Nota: Aku tidak pernah mendendami sesiapa meskipun aku selalu saja disakiti secara sedar ataupun tanpa sengaja... aku ikhlaskan segala-galanya. Bukankah kemaafan itu dendam yang terindah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~